Penutupan Penuh Laluan Di Antara Ipoh Utara & Ipoh Selatan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
engguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka susulan penutupan sementara laluan tersebut untuk latihan simulasi kecemasan pada 30 November (Rabu) 2022, mulai jam 10:00 pagi hingga 2:30 petang.
 
Sepanjang tempoh tersebut, pengguna daripada utara/Kuala Kangsar yang menghala ke selatan/Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Plaza Tol Ipoh Utara dan seterusnya dinasihatkan untuk menggunakan Jalan Persekutuan (FT240) iaitu Jalan SUSUR Jelapang-Ampang sepanjang latihan simulasi tersebut berlangsung. Pengguna boleh meneruskan perjalanan ke Selatan dengan memasuki semula Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Plaza Tol Ipoh Selatan.
Latihan simulasi tersebut diadakan bagi menguji tahap kecekapan, masa tindak balas dan tindakan yang diambil oleh PLUS, pasukan penyelamat serta agensi yang terlibat dalam menghadapi situasi kecemasan, mengkaji dan memeriksa aliran proses prosedur keselamatan di lebuh raya.
 

Image credit:PLUS FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News