Op Khas Penjaga Parkir Haram

Facebook
WhatsApp
Telegram
Email
X
Unit Risikan/Operasi, Cawangan Penguatkuasaan Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Ipoh, Perak telah mengadakan Op Khas Penjaga Parkir Haram di sekitar Bandaraya Ipoh.
 
Operasi dijalankan dalam bentuk rondaan pemantauan risikan pencegahan berdasarkan maklumat aduan awam berkenaan aktiviti ‘Ulat Parkir’ di kawasan pusat Bandaraya Ipoh.
 
Mana-mana individu yang melakukan kesalahan dan terlibat dengan aktiviti ‘Ulat Parkir’ ini boleh disabitkan di bawah undang-undang seperti berikut:
 
Sek. 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan kenderaan atau mengarahkan mana-mana pemandu kenderaan berkenaan dengan meletakkan kenderaan di mana-mana tempat letak kenderaan tanpa kuasa yang sah.
 
Sek. 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – (Hukuman jika sabit kesalahan) Denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
 
Dalam operasi pada 7 Disember 2023 ini, pihak Polis telah berjaya menangkap 3 orang lelaki warga tempatan berumur 51, 54 dan 74 tahun kerana menjalankan aktiviti menjaga parkir secara haram di sekitar Jalan Bijih Timah dan Jalan Yau Tet Shin, Ipoh, Perak.

Source:Polis Daerah Ipoh FB