MBI Prihatin: Sentuhan Kasih Ramadan untuk Komuniti B40

Facebook
WhatsApp
Telegram
Email
X

Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, dan Y.Bhg. Clr. Dato’ Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, telah menghadiri Majlis Sentuhan Kasih B40 Bandaraya Ipoh yang berlangsung di Ipoh Night Market.

Pada majlis ini, mereka turut berbuka puasa bersama komuniti serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak daripada golongan B40 di Bandaraya Ipoh. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk meringankan beban mereka menjelang Syawal, tetapi juga untuk membawa kegembiraan dan mengeratkan hubungan dalam masyarakat.

Semoga majlis ini dapat menceriakan hati mereka serta memberi makna yang lebih mendalam dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Source:MBI