Pegawai Polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Ipoh telah menghulurkan bantuan kepada orang awam yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh, Perak. Mangsa terbabit merupakan seorang penunggang motosikal warga emas yang telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta dan mengalami kecederaan parah di kaki kirinya.
Mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk terima rawatan lanjut. My Ipoh dan orang awam yang prihatin telah mengucapkan terima kasih kepada Pegawai-pegawai Polis:
Kpl Azman bin Abd Ghani
Kpl Zakri bin Romli
L/Kpl Mohamad Zulkhairi bin Ishak
L/Kpl Aizuddin bin Mohd Yeh
Source:Polis Daerah Ipoh FB
One Response
THANK FOR THE INFO..