Lebih 700 Peserta Sertai Program Kayuhan Merdeka 2022

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Program yang telah dilancarkan oleh YB Khairul Shahril bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komuniti & Multimedia Negeri Perak ini telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada setiap tahun serta salah satu program yang dirangka oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) bagi sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak.
 
Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.
 
Objektif program ini adalah untuk menyatukan seberapa ramai yang mungkin rakyat Negeri Perak yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dalam satu program bagi bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.
 
Istimewanya program kali ini, ianya adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-65. Tema program juga mengambil tema Hari Kebangsaan 2022 iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.
 
Tahun 2022 menyaksikan Program Kayuhan Merdeka ini kali pertama diadakan selepas era pandemik dan setelah negara beralih ke fasa endemik. Jadi, ini adalah sesuatu yang sangat istimewa dan mengujakan khususnya bagi seluruh rakyat Negeri Perak.
 
Ia juga diharap dapat menyatukan seluruh warga kota yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, budaya dan agama sesuai dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Source:FB MBI

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News