Majlis Bandaraya Ipoh telah mengumumkan bahawa penghantaran bil fizikal Cukai Taksiran tidak lagi akan dilakukan bermula dari Penggal 2/2023 (Julai 2023). Untuk mendapatkan bil Cukai Taksiran, anda boleh memuat turunnya melalui Aplikasi DMBI yang boleh didapati di Google Play dan App Store. Melalui Aplikasi DMBI, pemilik hartanah dapat mendaftar, menyemak, dan membuat pembayaran dengan mudah. Segera muat turun Aplikasi DMBI dan nikmati kemudahan yang disediakan!
Image credit:MBI FB