Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 16/6/2022.
Krew MyIpoh berpeluang untuk membuat liputan di salah satu sekolah di sini. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan,seramai 6 orang mencatat keputusan cemerlang dengan memperolehi 5A dan keatas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pengetua SMK Pengkalan, Puan Noranida Binti Ahmad berkata, salah seorang pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang, Satiswaran A/L Loganathan dengan meraih 9A.Satiswaran juga merupakan pelajar harapan untuk sekolah mereka. Temubual kami bersama Satiswaran,beliau berpendapat dengan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara sedikit memberi cabaran untuk beliau membuat persediaan untuk peperiksaan.
Satiswaran juga, berkongsi bahawa beliau berasa gemuruh dan gelisah sebelum mengambil slip keputusan SPM.Beliau sempat berkongsi berkaitan tips skor SPM semasa kejadian pandemik berlaku, “pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan SPM perlulah berusaha lebih dengan belajar secara kendiri dan juga mematuhi segala arahan guru terutama sekali semasa pembelajaran atas talian, ”, kata pelajar tersebut.
Manakala, seorang lagi pelajar yang sempat kami temubual,Sufiah Aqilah yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan SPM 2022, juga memberi perkongsian dengan berkata “sebagai pelajar dan anak kita perlulah menjaga keseimbangan antara pelajaran, menjaga hubungan dengan keluarga dan juga Tuhan, ibu bapa adalah punca utama saya dapat memperolehi keputusan yang cemerlang pada hari ini”.
Selain boleh mendapatkan slip di sekolah, pelajar juga boleh menyemak keputusan melalui beberapa kaedah lain termasuk semakan atas talian melalui laman sesawang myresultspm.moe.gov.my mulai pukul 10 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga 6 petang 24 Jun 2022.
Calon juga boleh mendapatkan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM <jarak> NoKP <jarak> AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem keputusan melalui SMS akan diaktifkan dalam tempoh yang sama sehingga pukul 6 petang 22 Jun 2022