Jom Makan Tengahari @ D’Polo Café Lan’s Catering!

Facebook
WhatsApp
Telegram
Email
X

Ingin mencari tempat makan tengahari yang mempunyai pelbagai jenis menu masakan,maka kami sarankan untuk ke  D’Polo Café Lan’s Catering yang terletak berhadapan dengan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Padang Polo,Ipoh.

D’Polo Café Lan’s Catering menyediakan 70 jenis masakan melayu seperti gulai ikan singgang,  kerabu mangga, ayam bakar, ikan bakar, kerang rebus, ulam-ulaman, sambal tempoyak, sayur labu masak lemak dan sebagainya. Restoran ini juga menyediakan  minuman dengan harga RM 2.00 dan lebih menarik ianya percuma untuk tambahan air (refill).

 

Hasil temubual bersama pengasas D’Polo Café Lan’s Catering, Encik Roslan Bin Zainal Abidin, idea tercetusnya untuk menyediakan masakan makan tengahari ini adalah atas saranan Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md Daud, kepada beliau untuk menyediakan masakan tradisional melayu pada waktu tengahari dengan penyediaan ruang makan yang luas dan boleh memuatkan seramai 500 pelanggan pada satu-satu masa. Di restoran ini juga terdapat ruang tempat letak kenderaan yang luas. 

D’Polo Café Lan’s Catering juga menerima tempahan pelbagai jenis majlis seperti perkahwinan. jamuan hari raya, jamuan iftar dan lain-lain. Sebarang pertanyaan berkaitan tempahan majlis, boleh hubungi Puan Zeti Shuhaila di talian (05-546 1130).

D’Polo Café Lan Catering

Alamat: Lot 1077, 6, Jalan Brash, 30350, Ipoh, Perak

Tel: 05-546 1130 / 019-599 3767

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali hari khamis – 11 pagi hingga 3.30 petang

Facebook: D’Polo Café Lan’s Catering

Citarasa: ⭐⭐⭐⭐⭐ daripada 5 bintang

Saiz hidangan: ⭐⭐⭐⭐⭐ daripada 5 bintang

Harga berpatutan: ⭐⭐⭐⭐⭐ daripada 5 bintang