Kejayaan WONDA Kopi Tarik dalam Malaysia Book of Records!

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Wonda Kopi Tarik, jenama kopi dalam tin dengan rasa original Malaysia telah berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Record dengan Barisan Kopi Tarik Terpanjang berukuran 344 meter sempena edisi 2023 Keretapi Sarong (KS2023) yang diadakan pada Hari Malaysia.

Bekerjasama bersama Locco Malaysia, sebuah organisasi yang dikenali dengan usaha mempromosi keunikan budaya Malaysia menerusi program tahunan Keretapi Sarong sejak 2017, Wonda ingin meraikan keunikan berbilang etnik dan budaya yang sememangnya istimewa dan asli buat rakyat Malaysia.

Sebagai jenama yang memperjuangkan janjinya untuk menyampaikan cita rasa asli Malaysia, terutamanya dengan pelancaran semula Kopi Tarik baru-baru ini, kerjasama ini adalah sebahagiandaripada inisiatif Wonda untuk menyatukan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dalam meraikan budaya, sejarah dan tradisi kita yang dikongsi bersama.

Sempena Hari Malaysia, Wonda Kopi Tarik berhasrat untuk menghubungkan rakyat Malaysia melalui rasa cinta bersama terhadap cita rasa asli Malaysia melalui Wonda Kopi Tarik. Kerjasama bersama Keretapi Sarong juga menandakan inisiatif jenama itu untuk melafazkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dalam menjadikan Wonda Kopi Tarik sebagai pilihan Kopi Tarik dalam tin kegemaran ramai.

Sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini, Wonda dan Locco Malaysia menghubungkan rakyat
Malaysia yang penuh bersemangat di KS2023 untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang julung kali diadakan sambil mengetengahkan produk terlaris jenama itu iaitu Wonda Kopi Tarik.

Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan berkata, “Wonda Coffee sentiasa komited untuk meraikan pelbagai budaya dan etnik asli dan unik rakyat Malaysia, sama seperti Wonda Kopi Tarik, rasa Malaysia yang benar-benar asli. Kali ini, Wonda Kopi Tarik menghubungkan kami melalui cinta terhadap citarasa asli Malaysia, sama seperti sarung, yang merupakan pakaian rakyat Malaysia yang asli dan unik dipakai oleh semua kaum. Oleh itu, apabila kami diberikan peluang untuk bekerjasama dengan Locco Malaysia sebagai penaja rasmi Keretapi Sarong, kami benar-benar teruja untuk menyertai inisiatif yang merangkumi warisan daripda pelbagai budaya yang cukup unik dan tidak asing buat rakyat Malaysia.

“Kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada sambutan perpaduan dan kepelbagaian Malaysia. Campuran Hari Malaysia kami adalah bukti keindahan apabila kita semua bersama-sama dan menikmati sesuatu yang ringkas dan memuaskan seperti secawan kopi dengan rasa tempatan iaitu Wonda Kopi Tarik. Kami berharap pelanggan kami akan turut menikmati gabungan istimewa ini semasa mereka meraikan hari penting ini dalam sejarah negara kita.”

Amy juga berkata, “Ini adalah cara kami menunjukkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kerana menjadikan kami Kopi Tarik paling digemari dan asli dalam tin.” 

Pengarah Program KS2023, Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata “Kami berbangga dapat bekerjasama bersama Wonda Kopi Tarik sebagai penaja utama Keretapi Sarong edisi 2023 (KS2023) pada tahun ini. Ini sememangnya satu pengalaman yang cukup bersejarah buat Locco Malaysia untuk bersama-sama Wonda bagi membawakan satu program yang menghimpunkan rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat. Kerjasama eksklusif bersama Wonda ini juga sememangnya mencerminkan harapan kami dalam terus menyatukan masyarakat dalam menghargai erti sebenar sambutan Hari Malaysia.”

Semasa KS2023, rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat bukan sahaja berpeluang menyertai Barisan Kopi Tarik Terpanjang tetapi juga mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dibawakan khas oleh Wonda Kopi Tarik untuk meraikan hari bersejarah bersama-sama rakyat Malaysia.

Pada hari tersebut, Wonda Kopi Tarik turut menganjurkan gabungan aktiviti tradisional dan moden untuk rakyat Malaysia dari permulaan acara. Aktiviti ini termasuk:

1. Aktiviti dalam kereta api: Permainan Batu Seremban di tiga dari tujuh stesen kereta api terpilih sebagai tempat berlepas di mana peserta boleh bermain semasa dalam perjalanan ke Dataran Merdeka, membolehkan mereka mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak mereka.

2. Aktiviti Platform Kereta Api: Bengkel Ikat Sarong dan Tengkolok untuk mengajar peserta kaedah membuat sarung ikat tradisional bunga tanjung dan tengkolok lipat untuk melengkapkan penampilan mereka untuk sambutan akhir di Dataran Merdeka yang dibawakan khas oleh Wonda Kopi Tarik.

3. Persembahan di atas pentas oleh “Godfather of Stand Up Comedy Malaysia”, Harith Iskandar

4. Aktiviti di tapak program: Aktiviti wall climbing di Dataran Merdeka di mana Wonda Kopi Tarik mengajak rakyat Malaysia mencabar diri mereka berdiri di puncak dan memenangi Seni Potret Kopi (Coffee Stain Portrait) oleh artis berdedikasi di tapak.

5. Aktiviti di tapak program: Trak Wonda Coffee di mana pengunjung boleh menebus Wonda Coffee percuma apabila bergambar di trak tersebut.

Dengan kerjasama di antara Wonda Kopi Tarik dan Locco Malaysia yang membuahkan kejayaan pada tahun ini, kedua-dua pihak berharap usaha ini akan menjadi permulaan kepada kerjasama yang panjang dan membuahkan hasil yang akan terus membawa kelainan kepada perayaan yang bermakna pada tahun-tahun akan datang.

Source: WONDA COFFEE FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News