Bersempena bulan Ramadan tahun ini, Hotel Seri Malaysia, Ipoh kembali lagi dengan bufet berbuka puasa bertemakan sajian ibunda buat para penggemarnya.
Pelbagai jenis hidangan pembuka selera, nasi, lauk pauk dan pencuci mulut disediakan bagi menggamit selera para pengunjung. Antara menu yang menjadi tarikan utama termasuklah Gulai Daging Kawah serta Kambing Panggang yang diperap dan dinikmati bersama sos istimewa buatan sendiri.
Hotel Seri Malaysia menyediakan dua jenis pilihan nasi iaitu nasi beriani dan nasi putih dipadankan dengan pelbagai hidangan tradisi tempatan lain seperti sambal tumis udang petai, ikan masak masam manis, sup ayam, masak lemak pucuk paku, dan ayam masak kicap. Bukan itu sahaja, bufet pada kali ini turut menyajikan kerabu suhun, kacang panjang, ikan masin dan telur masin yang dilengkapkan dengan ulam-ulaman serta beberapa pilihan sambal yang pasti membangkitkan selera.
Namun, bagi anda yang tidak begitu gemar akan hidangan berasaskan nasi, anda boleh menikmati laksa, mee goreng, bubur lambuk, cucur udang dan beberapa pilihan kuih muih tradisional yang terdiri daripada popia, karipap, sagu merah, murtabak dan banyak lagi.
Sebagai pembuka selera, mereka menyajikan anda dengan kurma, rojak buah, dan salad manakala bagi pencuci mulut, anda boleh menikmati aiskrim, ais kacang dan menyejukkan tekak dengan air cha bang ang, teh bunga, air oren atau memilih minuman panas seperti kopi, teh tarik dan air kosong.
Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan, sila hubungi talian tertera di bawah.
Tempahan:
+05-2412936 – Pejabat
+6012-5725689 – Khai
+6018-5715699 – Arissa
Lokasi:
Hotel Seri Malaysia Ipoh
Jalan Sturock, Off Jalan Raja Di Hilir, 30350 Ipoh, Perak.
Harga:
RM 68.00 – Dewasa,
Rm 50.00 – Kanak-kanak
RM 55.00 – Warga emas