DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Negeri Perak Darul Ridzuan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Negeri Perak Darul Ridzuan di Stadium Indera Mulia.
 
Turut berkenan berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Azlan Muzzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; YTM Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah dan YTM Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Raja Dato Seri Iskandar bin Raja Ziran.
 
Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor; Yang Di-Pertua Dewan Negeri Perak, YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid dan isteri YBhg. Datin Aznee binti Abu Samah; YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Nga Kor Ming; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin serta barisan YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Dalam sembah ucapan YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, beliau menyeru kepada semua rakyat untuk memasang tekad dan kesungguhan bagi membina kesatuan dan memelihara nilai-nilai perpaduan.
 
“Sambutan pada petang yang berbahagia ini, sekali lagi membuktikan bahawa kemajmukan budaya, kaum dan agama yang menjadi simbol keunikan rakyat Malaysia selama ini, tidak pernah menjadi halangan kepada keharmonian dan keamanan di negara kita, termasuklah di negeri bertuah Perak Darul Ridzuan ini.
 
“Sesungguhnya keamanan yang dikecapi hari ini terlalu mahal harganya dan tiada galang ganti. Tiada jalan lain untuk membina keamanan dan kerukunan, selain menjulang perpaduan dan menganyam persefahaman sesama kita,” jelasnya.
 
Baginda berdua berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada para penghuni Pusat Jagaan Darus Salam, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Pusat Jagaan Yayasan Amanah An-Nur Maisarah dan Pusat Jagaan Persatuan Anak-Anak Yatim Soleha, Tanjung Tualang.
 
Mengakhiri majlis, baginda turut berkenan beramah mesra bersama rakyat di sekitar pekarangan Stadium Indera Mulia.

Source: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News