AKPK Perak Beri Khidmat Nasihat Kepada 11000 Pelanggan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Seiring dengan slogan ‘AKPK Sahabat Kewangan Anda’, selama tiga (3) tahun terakhir hingga Disember 2023, AKPK telah menerima lebih daripada 11,000 pelanggan yang telah mendapatkan khidmat nasihat kewangan kami di cawangan Ipoh.

Dari jumlah tersebut, lebih daripada 8,000 (75%) pelanggan telah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan menguruskan semula pembayaran balik pinjaman/pembiyaan mereka melalui Program Pengurusan Kredit (PPK). PPK merupakan pelan pembayaran balik pinjaman/pembiyaan holistik yang dipersetujui bersama oleh peminjam dan insititusi kewangan atau agensi pemberi pinjaman yang terlibat. Semua khidmat nasihat kewangan dan pengurusan kredit yang disediakan oleh AKPK adalah PERCUMA.

Pelanggan kategori ‘tidak berkerja’ mendapat bantuan kewangan dari pihak ketiga seperti ahli keluarga dan lain-lain untuk sumber pembayaran.

Pelanggan dalam lingkungan umur 30 hingga 49 tahun merupakan golongan tertinggi (68.8%) menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Kumpulan kedua tertinggi (15.6%) terdiri daripada pelanggan yang berumur 50 hingga 60 tahun.

Kebanyakan pelanggan memerlukan bantuan AKPK menstrukturkan hutang kad kredit
dan pinjaman peribadi mereka.

Di AKPK, kami sentiasa memberikan pendekatan bahawa sebelum membuat keputusan kewangan yang besar, seseorang individu perlu tahu akan kemampuan kewangan mereka serta mempunyai pengetahuan pengurusan kewangan yang baik. Pelajari tentang ilmu pengurusan kewangan dan tanamkan niat dalam diri untuk meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan kewangan mulai sekarang dan belajar untuk memupuk tingkah laku kewangan yang baik. Tingkah laku kewangan yang baik bermaksud amalan atau tabiat kewangan yang baik seperti mengenal pasti keperluan pinjaman sebelum membuat pinjaman, berbelanja mengikut belanjawan, melabur secara bijak dan meningkatkan simpanan. Amalanamalan ini tidak hanya dapat meningkatkan kesihatan kewangan kita pada tahun ini, tetapi juga pada masa akan datang.

Satu platform yang masyarakat boleh gunakan untuk mempelajari lebih lanjut tentang pengurusan kewangan adalah melalui portal POWER! kami di power.akpk.org.my yang menawarkan pelbagai modul pendidikan kewangan serta pusat sumber yang mengandungi
pelbagai bahan pembelajaran kewangan—kedua-duanya boleh diakses melalui laman web AKPK di www.akpk.org.my. Daftar untuk modul pembelajaran dalam talian kami secara percuma sahaja untuk memulakan perjalanan perancangan kewangan anda. AKPK juga memberikan taklimat pengurusan kewangan kepada kakitangan mana-mana organisasi yang menjemput AKPK untuk berbuat demikian.

AKPK juga menyediakan modul-modul yang relevan berkenaan teknik dan penyediaan templat pengurusan akaun perniagaan yang lebih sistematik yang boleh diaplikasikan oleh PMKS melalui modul Bijak Wang Bijak Niaga. Modul ini memperincikan ciri-ciri matlamat kewangan perniagaan, perancangan sumber pendapatan perniagaan berbanding perbelanjaan melalui cara pengiraan menggunakan kalkulator yang sangat mudah dan interaktif.

Selain itu, bagi peniaga dan usahawan, mereka juga perlu mengambil inisiatif untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan yang sedia ada mahu pun perniagaan baharu dengan cara memanfaatkan pelbagai insentif pembiayaan dan latihan yang
disediakan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Bank Negara Malaysia (BNM), MARA, TEKUN, CGC, SME Corp, PUNB dan lain-lain. AKPK menyediakan khidmat nasihat kewangan dan menjadi rujukan kepada peniaga atau usahawan yang memerlukan nilai tambah kapasiti pembangunan perniagaan mereka.

Akhir kata, sekiranya individu, peniaga atau usahawan yang terkesan dengan isu kewangan dan menghadapi kesukaran dalam pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan perniagaan mereka, kami menyarankan agar mereka mengambil tindakan awal untuk merujuk kepada institusi perbankan atau penyedia kredit terlebih dahulu untuk mendapatkan bantuan penstrukturan pinjaman/pembiayaan mereka. Sekiranya cadangan atau tawaran yang diberikan masih tidak dapat memenuhi kemampuan peminjam tersebut, maka mereka seterusnya boleh datang ke AKPK bagi mendapatkan bantuan penyusunan pelan pembayaran balik pinjaman/pembiyaan mereka secara holistik mengikut kemampuan aliran tunai semasa. Proses pemulihan ini akan memberikan ruang kelegaan dalam tempoh yang ditetapkan malah dapat memperbaiki semula kedudukan kewangan peribadi dan perniagaan mereka. 

Tempoh bertenang ini juga mendorong individu dan peniaga untuk mengurus pinjaman/pembiayaan sedia ada terlebih dahulu di samping belajar bagaimana untuk mengawal perbelanjaan berbanding perolehan pendapatan mereka.

Pada asasnya, apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita, diri kita sendiri turut memainkan peranan. Kita boleh mengubah keadaan untuk mencapai kesejahteraan kewangan yang lebih baik sekiranya kita dapat menguasai tingkah laku kewangan yang betul. Persepsi yang betul tentang kesejahteraan kewangan adalah sangat penting untuk orang ramai supaya mereka dapat mengambil semua peluang pendidikan dan nasihat kewangan yang ditawarkan oleh AKPK atau mana-mana institusi sah yang lain.

Source: AKPK IPOH

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News