Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyampaikan sumbangan kerusi roda elektrik bernilai RM1950 dan barangan makanan bernilai RM700 kepada Puan Zaitun Ibrahim, isteri Encik Haizul Yit (anggota MBI) petang tadi.
Ia turut dihadiri oleh Encik Shah Effendy bin Rosman, Pengurus Econsave Chemor.
MBI telah mengambil inisiatif mewujudkan Program MBI Prihatin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lebih RM3 juta telah dibelanjakan bagi membantu meringankan beban penduduk, peniaga, anggota dan mantan anggota MBI dalam meneruskan kehidupan mereka yang terkesan dalam situasi pandemik, endemik Covid-19 dan masih diteruskan sehingga kini.
Perbelanjaan ini dibiayai oleh MBI serta rakan strategik seperti Pasar Raya Econsave, Kinta Properties, Kuala Lumpur Kepong (KLK), Chang Jiang serta penaja lain.
Semoga program MBI Prihatin akan terus menjadi platform MBI untuk menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera.
MBI berharap sumbangan tersebut akan membantu meringankan beban Puan Zaitun Ibrahim dalam meneruskan kehidupan.
Image Credit: MBI FB