Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh telah mengadakan Simulasi Latihan Amal Light Strike Force (LSF) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang. Latihan amal ini telah diadakan bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak dan telah disertai seramai 235 orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis IPD Ipoh. IPD Ipoh turut menerima bantuan jentera dan memadam api kebakaran oleh pegawai dan anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Balai Ipoh.
Turut hadir menyaksikan simulasi latihan amal LSF ini, YDH CP Dato’ Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Ketua Polis Perak; YDH SAC Tuan Haji Noorzainy bin Haji Mohd Noor, KJPJKK IPK Perak merangkap Ketua Urus Setia PRU ke-15 PDRM Kontinjen Perak; YDH SAC Tuan Luqman bin Abdul Rahman, KJSJ IPK Perak; YBrs. Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya Ipoh selaku wakil Datuk Bandar Ipoh; ACP Yahaya bin Hassan, Ketua Polis Daerah Ipoh; Supt. Mohamed Nordin bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Pentadbiran); Supt. Lee Swee Sake, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi); Wakil-wakil Pegawai Pengurus PRU, Wakil-wakil Pengarah SPR Negeri Perak, Wakil-wakil Ketua Jabatan Kerajaan, Ketua-ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai Ipoh, Pegawai-pegawai Kanan IPD Ipoh dan Wakil-wakil Media. Simulasi Latihan Amal ini turut melibatkan Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ipoh bagi Pasukan Cantas dan Polis Simpanan Persekutuan Unit 5 Ipoh (PSP).
YDH CP Dato’ Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Ketua Polis Perak telah menyempurnakan Perasmian Penutup Simulasi Latihan Amal LSF IPD Ipoh yang telah dijalankan dengan jayanya.
Source: IPD Ipoh FB