Datuk Bandar Lawat Tapak Penggunaan Teknologi Cuplump

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Majlis Bandaraya Ipoh telah terpilih bagi melaksanakan projek perintis penurapan semula jalan menggunakan teknologi asfalt terubahsuai getah bekuan atau Cuplump Modified Asphalt – CMA.

Sehubungan itu, Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah mengadakan lawatan tapak penggunaan teknologi asfalt terubahsuai getah bekuan atau Cuplump Modified Asphalt – CMA di Jalan Cetak, Kawasan Perindustrian Tasek pagi tadi.

Teknologi ini adalah usahasama MBI dengan Lembaga Getah Malaysia melalui Kementerian Perladangan dan Komuditi dan dibiayai oleh Kementerian Kewangan.

CMA ini adalah merupakan teknologi baru bahan penurapan jalan menggunakan bitumen (tar) terpinda dengan campuran getah bekuan sebagai bahan campuran asfalt yang boleh meningkatkan kualiti turapan dengan mengurangkan kesan retakan, kesan aluran (rutting) dan memanjangkan jangka hayat turapan.

Di samping itu, ia juga dapat mengurangkan kos penyelenggaraan jangka masa panjang jika dibandingkan dengan kaedah turapan secara konvensional sebelum ini.

Peruntukan yang diterima oleh pihak MBI adalah sebanyak RM 5 juta yang melibatkan kerja pembaikan dan penurapan semula jalan sepanjang 9.5km melibatkan di sebahagian Kawasan Perindustrian Tasek, sebahagian Kawasan Perindustrian IGB, sebahagian Jalan Bendahara dan sebahagian jalan utama di Station 18.

Kerja penurapan jalan ini akan dimulakan bermula pada 22 November 2023 dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh 4 hingga 6 minggu.

Semoga pengguna jalan ini akan mematuhi arahan jalan raya semasa perlaksanaan kerja – kerja di tapak bagi melancarkan proses kerja – kerja penurapan jalan di kawasan yang telah dikenalpasti.

Source:MBI FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News