Datuk Bandar Lancar 2 Lori Sampah “Compator Rear End Loader”

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah melancarkan tambahan 2 unit lori sampah kompaktor baru pagi tadi.

Ia telah diserahkan kepada MBI pada hujung bulan Julai 2022, menjadikan sebanyak 4 unit lori baru yang telah dibeli bagi tahun 2022

Jumlah perbelanjaan bagi 2 unit ini adalah RM797,000.00 yang mana kos ini adalah lebih murah dari sebelumnya disebabkan perubahan beberapa spesifikasi.

Bagi kenderaan ini, ia menggunakan chassis buatan Isuzu FVR 240 yang berkapasiti 19000kgs / 19 tan dengan muatan. Jumlah isipadu lori tersebut juga adalah 16 cubic meter dan ianya juga mampu menampung kapasiti sampah sehingga 10 tan per trip bergantung kepada kemahiran dan kemahiran kerja operator. Pada bahagian body compactor pula adalah buatan tempatan, daripada syarikat Green Concern SDN. BHD.

Sistem kompaktor buatan tempatan ini masih menggunakan sistem keselamatan asas semasa mengendalikan kenderaan tersebut.

Sistem ini beroperasi secara manual dan spesifikasi juga berbeza daripada model yang lancarkan baru-baru ini akan tetapi masih mengekalkan keselamatan orang awam dan anggota.

Sistem tersebut memastikan operator menggunakan kedua -dua belah tangan untuk menjalankan operasi bagi menjaminkan keselamatan pekerja semasa operasi kutipan sampah sedang berlangsung.Kenderaan ini juga ada butang kecemasan bagi menyahaktifkan operasi jika berlaku kemalangan.
 
Selain itu kenderaan ini juga menggunakan ada pagar keselamatan awam (Truck Underride Guard) seperti model sebelum ini. Untuk tambahan, Kenderaan ini telah diperkukuhkan dari segi ketahanan terhadap asid sampah dan keluli tahan haus (Wear Resistant Plate) iaitu Hardox HiAce yang di import dari Eropah. Bahan keluli ini lebih lasak berbanding Hardox 450.
Keluli ini lebih kuat untuk menandingi asid sampah dan keadaan tersebut adalah untuk membantu memanjangkan jangka hayat lori ini dari 7 hingga 10 tahun dengan penjagaan yang betul.

Semoga lori kompaktor akan membantu kerja-kerja kutipan sampah MBI bagi mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Terbersih tahun 2023.

Image Credit:MBI FB

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Stay Connected
Latest News