Datuk Bandar Lancar Kempen Kesihatan Persekitaran Tahun 2022 Membasmi Wabak & Hotspot Denggi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah melancarkan Kempen Kesihatan Persekitaran Tahun 2022 Membasmi Wabak dan Hotspot Denggi di RPT Batu 8, Hulu Kintai.
 
Ia turut dihadiri oleh Clr. Puteri Holijah binti Muhamad Rali,  Ahli Majlis Zon 2, Hulu Kinta, AhliMajlis-AhliMajlis, Pengarah Kanan, Ketua-ketua jabatan MBI serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.
 
Majlis Bandaraya Ipoh telah mencalonkan lokaliti RPT Batu 8, Hulu Kinta untuk dilaksanakan Kempen Membasmi Wabak dan Hotspot Denggi. Pemilihan lokaliti RPT Batu 8 adalah berdasarkan data yang dibekalkan oleh PKD Kinta dimana lokaliti RPT Batu 8 telah diistiharkan lokaliti Wabak Terkawal dan kemudian diistiharkan lokaliti hotspot dengan tarikh tamat 15 Jun 2022. Sehingga 1 Jun 2022, sebanyak 9 kes Demam Denggi telah dilaporkan di lokaliti RPT Batu 8 Ulu Kinta.
 
Penglibatan masyarakat dalam usaha membanteras penularan penyakit demam denggi memang tidak dapat disangkal. Penglibatan mereka melalui projek COMBI Denggi memang telah menunjukkan keberkesanannya.
 
Aktiviti pasukan COMBI yang diselaraskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta diharap akan dapat ditambah dari semasa ke semasa. Sokongan padu dan kerjasama yang erat oleh semua pihak dalam membanteras denggi perlu diteruskan dan dipertingkatkan lagi.
 
Semoga Ipoh akan mencapai hasrat untuk menjadi Bandaraya Sejahtera serta Bandaraya Terbersih di Malaysia tahun 2023.

Image Source:MBI FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News