YAB Menteri Besar Perak Rasmi Kejohanan Sukan PBT Malaysia (MALA)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad telah merasmikan Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia (MALA) 2022 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh malam tadi.
 
Ia turut dihadiri oleh Datuk Bandar Ipoh, Y.Bhg, Dato’ Rumaizi bin Baharin dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang merangkap Presiden MALA, Y.Bhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang.
 
Majlis Bandaraya Ipoh telah dipilih menjadi tuan rumah Kejohanan Sukan PBT Malaysia (MALA) 2022 yang diadakan bersempena Sambutan Ulangtahun Hari Bandar Raya Ipoh ke-34.
 
Bandar raya Ipoh juga telah menjadi lokasi perasmian kejohanan ini yang bermula mulai 3 Jun hingga 30 Oktober 2022.
 
Ia akan melibatkan tiga fasa pertandingan yang akan berlangung di lima buah PBT seluruh Malaysia iaitu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Majlis Daerah Pekan (MDP) yang mempertandingkan 11 acara sukan.
 
Kejohanan bagi fasa pertama pertandingan ini akan berlangsung mulai 3 hingga 5 Jun 2022 di Kompleks Sukan MBI melibatkan acara bola sepak, dart dan hoki yang dijangka akan menarik penyertaan lebih daripada 2,000 atlet dan pegawai dari PBT seluruh negara.

Source & Image Credit: MBI FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News