MBI Juara Acara Hoki Kejohanan Sukan MALA 2022

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pasukan Hoki Majlis Bandaraya Ipoh berjaya meraih gelaran juara sekaligus mempertahankan kejuaraan acara hoki dalam Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) 2022 yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah malam tadi.
 
MBI berjaya mengesahkan kedudukan juara apabila menumpaskan lawan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan keputusan 3-1.
Sebanyak 9 pasukan telah menyertai acara hoki ini dan gelaran juara telah memberikan suntikan semangat kepada kontinjen MBI untuk mengharungi acara-acara lain yang akan berlangsung.
 
Kemenangan ini menyaksikan pasukan MBI membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.00 beserta medal dan piala iringan sumbangan KSDBI.

Source & Image Credit: MBI FB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Stay Connected
Latest News