-Y.Bhg Dato’ Mazlan bin Abd Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI mewakili Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Majlis Taklimat berkaitan Prosedur Persijilan Halal. Ia turut dihadiri oleh Puan Hajah Saidatul Akma binti Jamaludin, Pengarah Kanan-Kewangan MBI.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Yusri Bin Abd. Rani, dari Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Perak kepada 130 orang yang terdiri daripada Ahli Majlis, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan dan anggota Majlis Bandaraya Ipoh.
Talimat ini adalah salah satu inisiatif Majlis yang berterusan untuk membantu menambahkan bilangan premis yang memiliki sijil halal yang sah dari JAKIM, supaya pelancongan halal ‘gastronomy’ ( makanan ) dipertingkatkan selaras sasaran peningkatan 60 peratus pelancong sempena Tahun Melawat Perak 2024 oleh keraan Negeri.
Menurut beliau, sektor pelancongan telah dilihat sebagai sektor yang berpotensi besar untuk dimajukan dan dijangka akan menjadi penyumbang utama dalam ekonomi negara dan negeri ini pada masa depan. Visi pelancongan Negeri Perak adalah untuk menjadikan negeri Perak sebagai sebuah Destinasi Pelancongan Mesra Muslim bertaraf antarabangsa berasaskan kemewahan, sejarah, budaya, alam semulajadi dan seterusnya mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera dan Perak Sejahtera 2030.
Source:MBI FB