Majlis Penyampaian Sumbangan Komputer Daripada Theta Edge Berhad Dengan
Kerjasama Mbi Kepada Pusat Komuniti

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Hubungan baik antara MBI dan Theta Edge Berhad telah diteruskan lagi selepas program pertama iaitu meraikan anak-anak daripada golongan B40 dengan penyampaian sumbangan Pakaian Raya di bawah program Ramadan Cheers Theta Edge pada 15 April yang lalu.
 
Pada kali ini, Theta Edge Berhad telah bekerjasama dengan MBI melalui program CSR dalam usaha mengimarahkan melalui bantuan dan sumbangan 30 buah komputer di 6 Pusat Komuniti terpilih di bawah MBI dan 6 buah komputer lagi di Theta Edge Ipoh iaitu 3 buah di Batu Gajah dan 3 buah lagi di Kuala Kangsar.
 
Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh bersama Puan Nuraslina Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Theta Edge Berhad telah menyempurnakan majlis penyampaian tersebut. Ia turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohamad Abas, Pengarah Negeri, Tabung Haji Perak, Ketua-Ketua WHIP AhliMajlis, AhliMajlis-AhliMajlis MBI, Pengarah-Pengarah Kanan, Ketua-ketua jabatan MBI serta Pengurusan Theta Edge Berhad.
 
Untuk makluman, Ipoh kini merupakan Bandar yang pertama di Wilayah Utara yang mempunyai capaian akses 5G berkelajuan 1GB per saat hasil pasukan 5G Greater Ipoh yang diketuai oleh saya sendiri sebagai Datuk Bandar bersama PKNP, Digital Nasional Berhad, SKMM Perak dan juga TM. Ini selaras dengan pelaksanaan salah satu projek yang terkandung di dalam Blueprint Ipoh Smart City antara MBI dan Theta Edge dan penubuhan IPOH INTERGRATED OPERATION CENTER (IIOC).

Source: MBI FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News