Alami dan nikmati hidangan bufet yang lazat bersama kawan-kawan dan keluarga di The Lodge, Travelodge Ipoh pada bulan Ramadan yang mulia.
Bufet Ramadan di The Lodge akan disediakan dari 27 Mac 2023 hingga 18 April 2023 dari 7.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari. Dengan tiga (3) menu berbeza disajikan mengikut giliran setiap hari. Pengunjung boleh merasai hidangan utama yang berbeza setiap hari.
Pengunjung boleh menikmati hidangan tanpa was-was kerana The Lodge,Travelodge Ipoh disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Bufet Ramadan disini menawarkan pelbagai pilihan hidangan tradisional Melayu,tempatan dan antarabangsa serta kiosk makanan secara langsung dan pencuci mulut yang menyelerakan. Dalam bufet Ramadan ini, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan istimewa seperti Kambing Panggang yang lazat, Ikan Masak Lemak yang sedap dan berlemak, Sup Kambing Berempah yang memukau selera, aneka Jeruk serta Kerang Sambal Kicap yang pedas dan merangsang selera. Itu hanya beberapa hidangan yang boleh anda nikmati, ada banyak lagi hidangan yang menanti anda!
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan yang lazat disini. Buat tempahan anda sekarang sebelum terlambat.
Segera buat tempahan anda sekarang!
Lokasi : Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak
Untuk tempahan: +605 242 8888 atau e-mel enquiry@tlip.com.my
Harga:
Dewasa : RM75++
Kanak-Kanak/ Warga Emas : RM52.50
Promosi: Tawaran istimewa untuk tempahan Korporat Iftar Ramadan beli 10pax percuma 1pax. Sila hubungi 012 9854 829 or email syahirah.ab@tlip.com.my
One Response
Saya ingin berkongsi pengalaman saya yang menyeronokkan semasa berbuka puasa di Travelodge Ipoh baru-baru ini.
Mereka menawarkan hidangan iftar yang pelbagai dan sedap. Antara hidangan yang saya sukai ialah kambing bakar, nasi ayam dan kuih-kuih. Selain itu, mereka juga menyediakan pelbagai jenis minuman yang menyegarkan dan sangat sesuai untuk berbuka puasa.
Secara keseluruhan, pengalaman berbuka puasa saya di Travelodge Ipoh adalah sangat memuaskan dan tidak akan terlupakan. Saya akan pasti datang ke sini lagi pada masa akan datang dan mengesyorkan tempat ini kepada sesiapa yang mencari tempat yang baik untuk berbuka puasa di Ipoh. Terima kasih Travelodge Ipoh!