Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan PROGRAM PENYERAHAN TONG SAMPAH (DARI RUMAH KE RUMAH) SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI DEEPAVALI 2022.
Ia turut dihadiri oleh Clr. Ganesan a/l Athinarayanan, Clr. Jayagopi a/l M. Subramaniam, Clr. Jaya Ganesh a/l Selvaraju dan Clr. Thilak Raj a/l Gunasekaran.
Tujuan penganjuran Program Membudayakan Amalan Penggunaan Tong Sampah di kalangan warga Ipoh ini adalah untuk meningkatkan kualiti persekitaran yang bersih dalam usaha untuk merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Terbersih di Malaysia menjelang tahun 2023.
Sejumlah 739 unit tong sampah telah diagihkan kepada penduduk di Teluk Kurin A dan B dan Buntong 1 dan 2 atau lebih di kenali sebagai Kampung Kacang Putih.
Sehingga 16 Oktober 2022, MBI telah mengedarkan tong sampah kepada 38,036 unit rumah kediaman di sekitar Bandaraya Ipoh.
Program pada pagi ini akan membantu Majlis Bandaraya Ipoh mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat yang merupakan matlamat kerajaan yang telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh.
Selepas penyerahan tong sampah ini, MBI akan terus memantau dan menggerakkan program ini untuk menjadikan Zon 7 di kawasan Buntong ini menjadi zon contoh.
MBI dengan kerjasama Ahli Majlis MBI juga akan memastikan kempen kebersihan ini akan digerakkan di seluruh kawasan Buntong.
Program ini merupakan suatu program kebersihan yang digerakkan untuk menggalakkan masyarakat lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran dan kelestarian alam sekitar.
Source & Image Credit:MBI FB