Program Kursus Percuma oleh empowerNCER membawa peluang pembelajaran dan keusahawanan kepada warga Daerah Kampar.
Kursus-kursus yang ditawarkan termasuk Penyediaan & Penyajian Makanan, Jahitan Fesyen & Alteration, serta Bakeri & Barista. Program ini unik dengan tempoh bimbingan yang lebih panjang dan dijalankan oleh NCER dan DDEC.
Peserta berpeluang meningkatkan kemahiran dan memajukan perniagaan mereka. Kursus adalah sepenuhnya percuma dan juga menyediakan Kit Permulaan kepada peserta yang layak.
Syarat-syarat penyertaan termasuk usia 18 hingga 50 tahun, dan kursus ini terbuka untuk belia, graduan, kumpulan B40, ibu tunggal, orang asli, usahawan, dan individu yang mencari peluang pekerjaan.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, warga Daerah Kampar dapat menghubungi pegawai kami yang tertera di bawah atau mendaftar melalui link https://forms.gle/JzHci6MNuWUr5wxf9.
Source:Empower NCER Negeri Perak FB