Program HPP Polis Perak dan Media Kontinjen Perak

Facebook
WhatsApp
Telegram
Email
X

Program High Profile Policing (HPP) Ketua Polis Perak bersama Warga Media Kontinjen Perak telah berlangsung di TGV Cinema, Aeon Mall Kinta City semalam. Tujuan utama program ini adalah untuk mendekati media yang telah banyak membantu polis serta mengeratkan hubungan kerjasama antara PDRM dan media. Sebelum ini, program yang sama telah diadakan bersama wartawan dengan aktiviti seperti menembak, bowling, dan badminton. Namun, kali ini, polis membuat kelainan dengan mengajak media menonton filem “Polis Evo 3” di pawagam. Program ini turut mendapat sokongan dari TGV Cinema, Aeon Kinta City.

Dalam ucapan Ketua Polis Perak, YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, beliau mengucapkan terima kasih kepada pengamal media yang telah menyampaikan maklumat dan berita yang tepat kepada orang ramai serta meningkatkan imej polis. Turut hadir dalam program ini ialah YB Mohd Azlan Helmi bin Helmi, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, YB Jenny Choi Tsi Jen, Timbalan Speaker Dewan Negeri Perak merangkap ADUN Canning, YDH SAC Dato’ Pahlawan Shazeli bin Dato’ Kahar, Ketua Cawangan Khas PDRM Perak, YDH SAC Luqman bin Abdul Rahman, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Perak, Encik Sayed Mohd Hesham bin Syed Idris, President Persatuan Pengamal Media Negeri Perak, Encik Rosli Mansor bin Ahmad Razali, President Kelab Sukan dan Kebajikan Media Negeri Perak, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah serta Rakan-Rakan Media.

Source: Polis Perak FB