Program Gotong-Royong Komuniti di Rumah Pangsa Waller Court

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI telah mewakili Datuk Bandar Ipoh merasmikan Program Gotong-Royong Komuniti di Rumah Pangsa Waller Court pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis, Ketua Jabatan MBI dan Encik Chung Kok Heung Pengerusi KRT Waller Court.
 
Program gotong-royong ini amat bertepatan sekali dengan Sambutan Kemerdekaan kerana ia dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim serta interaksi sesama penduduk setempat, di samping melahirkan sikap toleransi di kalangan mereka. Hubungan silaturrahim yang erat amat penting dalam memastikan negara kita terus aman dan maju.
Di samping itu, wargakota Ipoh khususnya di kawasan Rumah Pangsa Waller Court ini diharap dapat terus melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong ini, kerana ia juga adalah salah satu nilai murni yang pernah wujud di kalangan masyarakat kampung dan masih diteruskan pada masa kini.
 
Pada masa yang sama, para peserta gotong-royong juga dapat melawat pameran dan menyaksikan demonstrasi dari Jabatan Bomba & Penyelamat dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
 
Untuk makluman, bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Julai 2024, sejumlah 40 gotong royong telah dijalankan di Bandaraya Ipoh. Sebanyak 2,853 lokasi longgokan sampah haram dan sebanyak 1522.08 tan sampah telah dibersihkan sebanyak 2,689 kali. Manakala bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Julai 2024 juga, Majlis telah mengeluarkan sebanyak 862 tawaran kompaun untuk kesalahan pembuangan sampah secara haram yang berjumlah RM222,900.00.
 
Semoga aktiviti gotong-royong seumpama ini akan berterusan dalam usaha mendidik wargakota Ipoh agar lebih prihatin terhadap kebersihan serta menjadi contoh dan teladan kepada pihak lain di samping dijadikan amalan budaya wargakota Ipoh.

Source:MBI FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News