Permohonan Geran Usahawan Perak Sejahtera 2024 (GeRAK)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Permohonan Geran Usahawan Perak Sejahtera 2024 (GeRAK) yang dilaksanakan oleh Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dengan kerjasama 25 agensi usahawan lain TELAH DIBUKA.
 
Geran yang tidak perlu dibayar semula ini terbuka kepada semua jenis perniagaan(kecuali aktiviti pertanian dan penternakan). Geran yang terbuka kepada SEMUA KAUM ini juga bertujuan untuk membantu usahawan PMKS Negeri Perak meningkatkan kapasiti, keupayaan pengeluaran, produktiviti, sistem, pemasaran, jenama dan pembungkusan usahawan terlibat ke tahap yang lebih berkualiti dan baik.
 
Permohonan Geran GeRAK ini dibuka bermula 5 April 2024 sehingga 5 Mei 2024 dengan sasaran 600 usahawan Perak bakal mendapat manfaat. Geran ini terbuka kepada semua usahawan dalam kategori informal, mikro dan kecil yang beroperasi secara sah di Negeri Perak sahaja. Geran GeRAK 2024 iniadalah bantuan geran “ one off ” dengan jumlah maksimum berjumlah RM2,000 bagi tujuan:
 
i. Kos pembelian peralatan bagi permulaan perniagaan;
 
ii. Kos pembelian peralatan dan mesin berkaitan bagi peningkatan
produktiviti;
 
iii. Kos pendaftaran pensijilan khas seperti MeSTI / Halal / GMP /Barcode / bayaran ruang pameran atau karnival;
 
iv.Kos yuran penyertaan bagi kursus yang berkaitan dengan peningkatan produktiviti; dan
 
v.Kos berkaitan aktiviti pemasaran dan pemasaran digital. (termasuk sewaan/pemasangan billboard dan papan tanda)
 
Syarat-syarat wajib kelayakan permohonan geran GeRAK 2024:
 
i. WAJIB berdaftar di Sistem Maklumat Usahawan Negeri Perak (Perak SME D Base)
 
ii. Mempunyai SSM yang berdaftar di negeri Perak dan masih sah;
 
iii. Pemohon adalah warganegara Malaysia;
 
iv. Perniagaan beroperasi di negeri Perak SAHAJA;
 
v. Memenuhi definisi PMKS iaitu jumlah nilai jualan tidak melebihi
RM500,000.00 setahun atau pekerja kurang daripada 5 orang;
 
vii. Tidak pernah menerima geran GeRAK pada tahun 2023; dan
 
viii. Peralatan yang dipohon tidak pernah diberikan oleh mana-mana agensi lain.
 
Permohonan dan syarat lengkap permohonan boleh dirujuk dan dibuat di link berikut :
Sebarang pertanyaaan boleh menghubungi kakitangan STeP berikut (waktu pejabat dan melalui whatsapp sahaja) :
 
– Puan Hazlien : 01112503001
 
– Cik Aqilah : 01112444804
 
– En Hafiz : 0149040848
 
*anda semua boleh juga meminta bantuan lebih 70 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) – pusat internet di seluruh perak untuk mengisi permohonan atau dari mana-mana agensi usahawan.
 
Anda juga boleh meminta dan mendapatkan sebutharga dari mana-mana pembekal sekiranya pembekal yang berkenaan tiada dalam senarai di dalam link yang disediakan. (Pastikan sebutharga adalah mengikut format yang ditetapkan).

Source: Sekretariat Usahawan Negeri Perak FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News