Sempena Perak Agrofest yang bakal berlangsung, buat julung kalinya satu acara larian Agrofest Fun Run akan diadakan pada 24 September 2023 (Ahad) bertempat di Ladang Infoternak, Sg Siput (U) Perak jam 7.00 pagi.
Moh kita meriahkan Agrofest Fun Run ini. Penyertaan adalah PERCUMA.!!
Tiada pendaftaran tetapi peserta hanya perlu hadir pada hari tersebut dan berpeluang:-
300 t-shirts Percuma akan diberikan kepada peserta yang hadir terawal dan menyertai acara larian ini
500 snack pack akan disediakan kepada peserta yang terawal menamatkan acara larian
Pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik turut disediakan kepada peserta yang bertuah
Untuk maklumat lanjut sila hubungi urusetia Encik Muhammad Daniel di talian : 05-5489500
Source: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak FB