Untuk makluman PDRM Daerah Ipoh akan melaksanakan penutupan penuh dan lencongan jalan bagi memberi laluan kepada acara raptai dan perarakan perbarisan sambutan hari kebangsaan kali ke-65 tahun 2022 peringkat negeri perak pada 27 Ogos 2022, 29 Ogos 2022 dan 31 Ogos 2022 bermula dari 0530 hrs sehingga acara selesa di jalan-jalan sekitar bandaraya Ipoh, Perak seperti berikut:
- Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab ditutup dan dilencongkan ke Jalan Kompleks Islam
- Jalan St. John ditutup dan dilencongkan ke Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (menghala ke Jalan Kuala Kangsar)
- Jalan S.P Seenivasagam ditutup
- Jalan Sultan Yusuf ditutup
- Jalan Dato’ Maharajalela ditutup
- Jalan Dato Sagor ditutup
- Jalan Tun Sambanthan ditutup dari Persimpangan Jalan Bandar Timah
- Jalan Market ditutup dari Persimpangan Jalan Bandar Timah
- Jalan Sultan Iskandar ditutup dan dilencongkan ke Jalan Bandar Timah
- Jalan Bandar Timah Ke Jalan Koo Chong Kong (Little India) ditutup
- Persiaran Biji Timah ditutup dan dilencongkan ke Jalan Sultan Yusuf Menghala Ke Jalan Leong Boon Swee
- Jalan Silang ditutup
- Jalan Leong Boon Swee ditutup dan dilencongkan ke Jalan Lahat
- Jalan Lahat ditutup dan dilencongkan Ke Jalan Tan Sri Tajudin Ali (Medan Kidd)
- Jalan Tun Abdul Razak Ke Bulatan Bahagia ditutup bermula di persimpangan lampu isyarat Jalan Gurdwara/Jalan Tun Perak
- Jalan Sultan Idris Shah ditutup sehingga ke Kompleks Yik Foong
Sehubungan dengan itu, pengguna-pengguna jalan raya khususnya warga Ipoh adalah dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa penutupan dan lencongan jalan dilaksanakan pada tarikh dan masa tersebut.
Source: FB Polis Daerah Ipoh
One Response
Sehingga acara selesai pukul berapa? Takkan lah takde schedule untuk acara yang dirancang? Proper planning is required to make the celebrations lagi meriah.