YB Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak bersama Y.Bhg. Dato ‘ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan pelepasan Malaysia Women Marathon 2022 (MCIS Life) Sempena Sambutan Hari Kebangsaan pagi tadi.
Seramai 2000 peserta telah menyertai acara tersebut. Antara acara yang telah dijalankan adalah Larian 5 km, 10 km, 21 km dan 42 km Duo). Acara berkenaan terbuka kepada orang ramai yang berumur 16 tahun ke atas.
Istimewanya program tersebut bukan sahaja terbuka kepada kaum wanita malahan lelaki juga boleh menyertai larian ini.
Source: MBI FB.