Miker Pizza ditubuhkan pada tahun 2015 di Ipoh, Perak dan mula berniaga di sebuah gerai dengan menggunakan nama ‘Chik Pizza’ di restoran Miker Food. Pada tahun 2019, pemilik restoran Miker Pizza mengambil keputusan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan membuka restoran Miker Pizza itu sendiri. Nama ‘Miker’ Pizza berasal dari loghat Perak yang bermaksud ‘Awak dan Mereka’. Bahan-bahan pizza yang disajikan adalah 100% homemade pizza yang disediakan oleh pekerja terlatih restoran Miker Pizza.
Pada masa ini, restoran Miker Pizza mempunyai dua buah cawangan di Ipoh iaitu di Padang Ipoh dan Gunung Rapat. Di samping itu, pihak restoran menyatakan bahawa kebarangkalian pada masa akan datang mereka akan membuka cawangan baharu di Meru, Ipoh. Jumlah maklum balas daripada pelanggan sangat memberangsangkan sejak bermulanya penubuhan rasmi restoran Miker Pizza hingga kini.
Justeru itu, restoran Miker Pizza mempunyai dua pilihan saiz pizza iaitu (regular) 6 keping dan (large) 8 keping pizza. Untuk saiz large, ia boleh dicampur dengan dua menu yang berbeza untuk satu saiz pizza. Pihak restoran memaklumkan bahawa mereka sedang mengadakan promosi 20% untuk saiz large di setiap pembelian bermula dari hari Isnin hingga jumaat pada jam 11 pagi hingga 3 petang.
Miker Pizza dan Miker Food telah menjadi ‘viral’ dalam kalangan pelanggan di Ipoh dan disekitar negeri Perak sejak pembukaan restoran tersebut.
Para pelanggan juga boleh membuat pesanan atas talian melalui grabfood & foodpanda. Miker Pizza juga aktif di media sosial :-
Instagram : @mikerpizza
Facebook : @miker pizza
Hubungi talian : 011-1010 033 untuk pesanan servis penghantaran.
Waktu operasi : 11 am – 11 pm (dibuka setiap hari)
Alamat: 1, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak