MBI PBT Pertama Di Malaysia Anjur Sukan Elektronik (eSports)

Facebook
WhatsApp
Telegram
Email
X
Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Kejohanan E-Sports Piala Datuk Bandar Ipoh anjuran MBI dengan kerjasama Esports Perak pagi tadi.
Ia turut Clr. Nor Afzanizam bin Salleh, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Kejohanan E-Sports Piala Datuk Bandar Ipoh, AhliMajlis-AhliMajlis, Majlis Bandaraya Ipoh; Pengarah-Pengarah Kanan dan Ketua-ketua jabatan MBI.
 
MBI merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang pertama di Malaysia menganjurkan Kejohanan Sukan Elektronik.Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari ini turut disertai oleh peserta dari Selangor, Melaka dan Johor.
 
Fenomena sukan elektronik atau e-sport yang menjadi kegilaan rata-rata remaja di Malaysia dilihat semakin berkembang pesat seiring dengan kebangkitan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
 
Esport kini telah diiktiraf sebagai satu bentuk sukan kompetitif di peringkat global.
 
MBI dengan kerjasama Esports Perak telah mengambil inisiatif menganjurkan kejohanan ini bagi memupuk dan memberi bimbingan kepada para remaja untuk diketengahkan serta bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 
Langkah yang diambil oleh MBI ini akan turut diikuti oleh PBT-PBT lain di Malaysia dalam usaha untuk meletakkan sukan esports di Malaysia setanding dengan negara-negara lain di dunia.
 
Kejohanan ini adalah antara program Sambutan Ulangtahun Bandaraya Ipoh kali-34 anjuran MBI.Ipoh telah diistihar sebagai Bandaraya pada 27 Mei 1988.

Source:MBI FB