Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh 2022.
MBI turut menjalinkan kerjasama bersama Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan & Latihan Kebakaran MBI Sempena Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh 2022.
Turut serta adalah Timbalan Penguasa Bomba Mohd Azman bin Hussin @ Hasan, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, AhliMajlis-AhliMajlis, Pengarah-Pengarah Kanan, Ketua-ketua jabatan, pegawai dan anggota MBI.
Isu persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerja merupakan perkara terpenting di dalam sesebuah organisasi di dalam sektor kerajaan. Menyedari kepentingan itu, Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran MBI telah bertanggungjawab untuk mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan & Latihan Kebakaran MBI pada pagi ini dan ini merupakan latihan secara berkala.
Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada warga MBI tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana. Ini juga penting untuk memastikan warga MBI sentiasa berwaspada dan peka terhadap amaran kecemasan di samping mengetahui akan tindakan segera yang perlu diambil dan mengambil maklum tentang laluan kecemasan yang perlu dilalui dikala berlaku sebarang kejadian kebakaran.
Di samping itu juga, latihan ini juga bertujuan untuk memastikan Pasukan Keselamatan Kebakaran dan Floor dan Pembantu Floor Marshall dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pasukan petindak cepat dalam membantu warga MBI mengosongkan bangunan.
Program latihan pada pagi ini adalah antara aktiviti sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau lebih dikenali sebagai OSH Week adalah satu acara tahunan yang disambut pada minggu ke-2 bulan Julai setiap tahun bermula 9 hingga 15 Julai di seluruh Negara.
Source: MBI FB