Makassar International Eight Festival (F8)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Bandaraya Ipoh, Perak menjadi bandaraya yang mewakili Malaysia menyertai Makassar International Eight Festival (F8) and Forum yang berlangsung di Makassar Indonesia.
 
Program yang diadakan selama lima hari bermula 24 Julai itu, turut melibatkan penyertaan tujuh negara lain iaitu Jerman, Australia, India, Perancis, Singapura, Jepun dan Filipina.
 
Acara tahunan yang diadakan sejak tahun 2016 itu, bertujuan untuk menggembangkan lapan sektor ekonomi kreatif Makassar iaitu Food and Fruit, Fashion, Fiction Writers, Fine Art, Fusion Music, Film, Folks, dan Flora Fauna.
 
Selain itu, penganjuran program seumpama ini juga menjadi platfrom kepada negara-negara yang terlibat untuk mempromosikan produk, pelancongan dan ekonomi setempat.
 
Bagi tujuan ini Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga mengambil bahagian dalam festival berkenaan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan seperti pameran dan Makassar Investment Forum.
 
MBI telah diwakili oleh Clr. En Basri bin Mohamad Nor, Clr. En Azmy bin Mohamed Nazir dan Clr. En Muhammad Hamzah bin Md Hamdan, Ahli Majlis MBI.
 
Acara perasmian Makassar International Eight Festival F8 and Forum ini, telah disempurnakan oleh Mohammad Ramdhan Pomanto,Wali Kota Makassar Indonesia.
 
Program sebegini diharap menjadi platfrom terbaik bagi mempromosi bandaraya Ipoh ke persada antarabangsa menerusi produk pelancongan, kesenian dan ekonomi di Ipoh Perak.

Source:MBI FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News