Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak Dan Pengerusi PERKEP Perak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Hari Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Perak dan Pengerusi PERKEP Perak diantara YDH CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid, Ketua Polis Perak dengan YDH DCP Dato’ Pahlawan Azizi bin Mat Aris, Pemangku Ketua Polis Perak di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak.

Ketua Polis Perak akan besara wajib pada 5 Ogos 2022 setelah menabur bakti dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia selama 40 tahun. Majlis serah menyerah tugas ini telah disaksikan oleh YDH DIG Tan Sri Razarudin bin Husain, Timbalan Ketua Polis Negara.

Turut diadakan Majlis Serah Menyerah Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak diantara YBhg. Datin Nor Qhadhijah Binti Abdul Wahab dan Datin Wanita Binti Wari, Pemangku Pengerusi PERKEP PDRM Perak. Majlis serah menyerah ini telah disaksikan oleh YBhg. Puan Sri Zainah Binti Othman, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.

Di akhir majlis, diadakan sesi bergambar bersama Timbalan Ketua Polis Negara.

Turut hadir, Ketua-ketua Jabatan PDRM Perak, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis Pegawai-pegawai Awam dan Ahli-ahli PERKEP.

Source:FB Polis Perak

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News