YB Puan Sandrea Ng, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, telah menyaksikan Penyerahan Kunci Bangunan Dewan Bandaran dan Pejabat Pos Lama . NCIA menyerahkan Kunci Dewan Bandaran kepada MBI yang diwakili oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, manakala Encik Fauzan bin Ismail, Ketua Wilayah NCIA Perak dan Pulau Pinang, mewakili NCIA. MBI juga menyerahkan Kunci Pejabat Pos Lama kepada Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara yang diwakili oleh Encik Amerrudin bin Ahmad, Ketua Pengarah LPSVN.
Projek Ipoh Heritage Tourism (IHT) Pakej 2 (Ipoh Townhall dan Pejabat Pos Lama) adalah usaha Kerajaan Negeri Perak untuk meningkatkan tarikan pelancong ke Ipoh. Ini adalah kesinambungan dari IHT Pakej 1A (Ipoh Padang) dan 1B (Kinta Riverwalk) yang siap pada 8 Mac 2022. Tujuan projek ini adalah untuk meningkatkan kemudahan pelancong di Ipoh Old Town dan menjadikannya tarikan pelancong utama yang berdekatan dengan kemudahan keretapi menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis.
Projek IHT Pakej 2 dibiayai dan dilaksanakan oleh NCIA bermula 22 November 2022 dan siap pada 20 Mei 2024. Ia melibatkan pemuliharaan, baikpulih, dan naiktaraf bangunan Ipoh Town Hall sebagai pusat persembahan seni dan bangunan Old Post Office sebagai galeri seni dan digital. Projek ini juga mempergiatkan industri muzik di Ipoh, yang diiktiraf sebagai Bandar Kreatif UNESCO dalam kategori muzik pada tahun 2023.
Source:MBSA FB