Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Kadet Polis Diraja Malaysia bagi sekolah-sekolah Daerah Ipoh telah diadakan bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh, Perak.
YDH ACP Yahaya bin Hassan, Ketua Polis Daerah Ipoh telah menyempurnakan penyampaian sijil pelantikan kepada guru-guru yang telah berjaya dilantik sebagai Inspektor Kor Kadet Polis bagi sekolah-sekolah di Daerah Ipoh.Seramai 20 orang guru yang telah terpilih untuk menerima Sijil Pelantikan Pentauliahan berserta kad kuasa Inspektor Kor Kadet Polis Diraja Malaysia.
Turut hadir, Supt. Lee Swee Sake, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi); Puan Rosidah binti Omar, Pengetua SMK Seri Ampang; Encik Mohd Roslan bin Mohd Nor, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Kokurikulum Pembangunan Bakat Murid), Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara; Ketua-ketua Bahagian IPD Ipoh; Pegawai-pegawai Kanan IPD Ipoh dan Insp. Siti Syafinaz binti Mazlan selaku Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) SMK Seri Ampang.
Source: Polis Daerah Ipoh FB