Majlis Penyampaian Insentif kepada Pasukan Hoki Piala Tun Razak 2022 Negeri Perak yang telah disempurnakan majlisnya oleh Menteri Besar Perak.
Kerajaan Perak bersetuju untuk memberikan insentif sebanyak RM100,000 kepada skuad hoki lelaki Perak yang memenangi Piala Tun Abdul Razak baru-baru ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata insentif itu diberikan sebagai menghargai pencapaian pasukan berkenaan yang mengharumkan nama negeri Perak.
Perak berjaya melakar hatrik dalam kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak 2022, selepas membelasah Pahang 5-1 pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Untuk rekod, Perak pernah merangkul kejuaraan pada edisi 1966, 1973, 1985, 1987, 1992, 2013, 2014, 2017, 2018, 2020 dan 2021.
Source:Perak Hockey