Lawatan High Profile Policing oleh YDH CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid, Ketua Polis Perak ke Sekolah Kebangsaan Marian Convent (SKMC), Ipoh telah berlangsung pada hari ini. Sempena dengan program ini, YDH Ketua Polis Perak turut menyerahkan sumbangan dua buah Smart TV daripada PDRM Perak kepada pihak SKMC, Ipoh. Sumbangan ini adalah bertujuan untuk kemudahan sesi pembelajaran para murid di SKMC, Ipoh.
Turut hadir, Supt. Mohamed Nordin bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Pentadbiran); Supt. Lee Swee Sake, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi); Supt. Tan Nam Seng, PT Operasi Darat, JPJKK IPK; ASP Mohd Mahyuddin bin Mohd Mokhtar, Ketua Unit MPV, BPJKK Ipoh; Puan Siti Rohayu binti Ramli, Timbalan PPD Pengurusan Sekolah Ipoh; Puan Hajjah Norlauyah binti Meor Ahmad, Pegawai SIP dan Pendidikan Ipoh; Puan Hindon binti Wahid, Guru Besar SKMC; dan Pegawai Kanan Polis serta Pegawai Rendah Polis IPD Ipoh.
Source & Image: Polis Daerah Ipoh FB