- Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara dan bukan warganegara Malaysia yang bermaustautin di Malaysia dan mestilah berumur 18 tahun dan ke atas serta fasih bertutur dan membaca dalam Bahasa Malaysia.
- Setiap kumpulan perlu memuat naik salinan kad pengenalan/passport berpalang bagi setiap peserta.
- Peserta yang menyertai pertandingan ini perlu sihat tubuh badan dan tidak menghidap sebarang penyakit yang kritikal.
- Setiap pasukan perlulah terdiri daripada 3 orang ahli sahaja.
- Penyertaan adalah terhad kepada 100 pasukan sahaja atau pasukan ke-100 yang mendaftar (first come first serve).
- Peserta perlu mengimbas QR code untuk menyemak syarat pertandingan dan membuat pendaftaran atau layari portal rasmi Majlis Bandaraya Ipoh, mbi.gov.my.
- Yuran penyertaan adalah sebanyak RM300.00 setiap pasukan dan tindakan menarik diri akan menyebabkan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.
- Pendaftaran awal (early bird) sebelum 8 November 2024 (Jumaat) adalah sebanyak RM250.00 setiap pasukan.
- Bayaran bagi penyertaan hendaklah dibuat secara terus ke akaun CIMB 80 0487270 9 (atas nama akaun PERSATUAN PEGAWAI KANAN MAJLIS BANDARAYA IPOH)
Peserta perlu meletakkan maklumat seperti berikut;
Ref – 1 Nama Kumpulan
Ref – 2 INNORACE@IPOH TMP 2024
** Bukti pembayaran perlu di muat naik di dalam google form pendaftaran yang disediakan**
** Peserta perlu mengemukakan slip pembayaran sebagai bukti pembayaran semasa mengambil kit penyertaan**
- Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 November 2024 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang atau pasukan ke-100 yang mendaftar (first come first serve).
- Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pertandingan ini boleh menghubungi pihak urus setia pertandingan Bahagian Pengurusan Kualiti dan Penerbitan, Jabatan Perancangan Korporat di talian 05-208 3250 / 3650 atau boleh menghubungi menerusi nombor whatapps 019-410 5166.
Source:MBI