Iftar Impiana @ Hotel Impiana

Facebook
WhatsApp
Telegram
Email
X

Bufet “Iftar Impiana” kembali lagi memeriahkan bulan puasa tahun ini dengan menampilkan konsep dari pelbagai pilihan tradisional hingga ke antarabangsa. Sentuhan bufet ramadan dari Eksekutif Chef Nizam Abdul Rahim dan pasukan beliau di Impiana Ipoh bakal mempamerkan pelbagai juadah istimewa yang pastinya menepati citarasa orang ramai.

Kambing panggang antara sajian wajib dengan sos perapan dan sos buatan sendiri istimewa untuk pengunjung. Hidangan tradisi tempatan lain seperti gulai kawah tempatan, warisan rendang tok Impiana, kari kepala ikan, pizza Impiana, makanan laut, sate, bubur lambuk Impiana dan pilihan manisan turut menambat selera. Kaunter manisan bagi kanak-kanak turut disediakan dengan pilihan utama ‘chocolate fountain’.

IFTAR TAPAO

Selain dari bufet iftar, Impiana Hotel Ipoh turut mengadakan promosi Iftar Tapao iaitu set bungkus dengan harga yang sangat berpatutan RM19.90+ sahaja. Terdapat pilihan set briyani, set ikan patin lemak tempoyak, set nasi minyak dan set gulai kawah untuk dinikmati bagi warga Ipoh. Tambahan sebanyak RM2.00+ bagi setiap air minuman berkarbonat (pilihan). Orang ramai boleh membuat pesanan di 05 255 5555. Set iftar tapao ini juga boleh ditempah melalui aplikasi Grabfood & Foodpanda.

TEMPAHAN IFTAR KUMPULAN PERSENDIRIAN

Tempahan majlis berbuka puasa persendirian turut disediakan kepada kumpulan bersaiz 100 orang ke atas dengan tawaran serendah RM78+ seorang.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan yang lazat disini. Segera buat tempahan anda sekarang!

Lokasi : 18 Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh, Malaysia

Tempah di talian : 05-255 5555

Harga:
Dewasa : RM118+
Kanak-Kanak : RM78+.
Warga Emas : RM98+

Untuk tempahan awal baucer yang dibuka sehinga 31 Mac. Tawaran istimewa untuk tempahan awal baucer iftar ramadan berharga RM95+ seorang dan RM999 untuk 1 booklet (10 baucer).

CSR Hotel Impiana

1)SUMBANGAN BUBUR LAMBUK

Pihak pengurusan Hotel Impiana Ipoh dengan berbesar hati menyediakan sumbangan bubur lambuk selama 4 kali berturut kepada orang ramai. Pengedaran secara pandu lalu ini akan dilangsungkan pada setiap hari Jumaat jam 4 petang yang bertarikh 24, 31 Mac dan 7, 14 April 2023.

2) SUMBANGAN BANTUAN MEJA DAN KERUSI

Pihak pengurusan Impiana hotel Ipoh turut berkerjasama dengan beberapa buahagensi NGO di sekitar Ipoh di dalam menyediakan sumbangan berupa peralatan sekolah (meja dan kerusi) yang diagihkan kepada beberapa buah sekolah dan surau terlibat. Antara pihak agensi NGO yang terlibat adalah

  • Pertubuhan Amal Haruman Kasih
  • Surau Al – Ittihadiah, Taman Che Wan
  • Bahtera Amal Batu Gajah
  •  

3) TABUNG DERMA ASRAMA ANAK-ANAK YATIM / WARGA MISKIN BUDI MULIA
NURUL HUDA

Di samping itu, pihak pengurusan Impiana Hotel Ipoh telah membuka satu tabung derma kepada orang ramai untuk menyalurkan bantuan kepada Asrama Anak-Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda, Tanah Hitam Chemor. Sumbangan akan diberikan sejurus sahaja tamatnya bulan Ramadan. Ini merupakan salah satu inisiatif pihak Impiana mengajak orang ramai untuk saling bantu membantu antara satu sama lain.