DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak 2023

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak 2023 di perkarangan Stadium Indera Mulia.
 
Turut berkenan berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Abdul Halim Shah.
Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang itu telah dibanjiri dengan kehadiran kira-kira 20,000 orang yang datang bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
 
Kehadiran pengunjung yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan usia pada majlis tersebut telah meningkatkan keharmonian serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
Secara keseluruhannya, majlis tersebut telah berlangsung dengan meriah dan diserikan lagi dengan pelbagai juadah raya serta persembahan dari Kumpulan Selendang Perak.
Pada majlis itu juga, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar dan Flat PPR Jalan Ashby Ipoh.
 
Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negeri, Ahli-ahli Parlimen, orang besar negeri serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
 

Source:Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak FB

One Response

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News