Cita Rasa iftar @ Casa Impian De La Rosa 2023

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Buffet Ramadan Casa Impian tahun ini menyediakan hidangan yang lazat dan berkualiti. Para pengunjung sangat berpuas hati dengan hidangan yang disediakan oleh Casa Impian. Tidak ketinggalan juga, suasana yang elegan dan menyenangkan turut menjadi tarikan utama bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman berbuka yang unik dan istimewa.

 

Dengan gabungan tiga cita rasa iaitu Kampung, Western dan Middle East, ia menjadi pilihan yang menarik untuk semua pencinta makanan. Dalam buffet ramadan Casa Impian, terdapat lebih dari 40 jenis hidangan yang disediakan untuk menjamu selera para pengunjung.

Dari hidangan kampung, terdapat pelbagai hidangan tradisional seperti rendang daging, ayam masak merah, ikan asam pedas, ulam-ulam dan banyak lagi yang pasti akan memuaskan selera para penggemar masakan kampung. 

Selain itu, hidangan Western seperti meatball bolognese, spaghetti dan salad yang segar dan menyegarkan boleh didapati di sini.

Kuey teow goreng dan cucur bawang digoreng secara live. Kambing golek dan gulai kawah  juga dihidangkan setiap hari disamping pelbagai aneka kuih muih sebagai pencuci mulut.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan yang lazat disini. Segera buat tempahan anda sekarang!

Lokasi : No 20 Jalan Lapangan Terbang , Kampung Sri Rapat , 31300 Ipoh, Perak ( berhampiran carsem dan airport ipoh )

Tempah di talian :
En.Ramadhan Nazaruddin 018-4039225
En.Alkon 019-6908391
Pn.Nadia Nazaruddin 018-2777867

Harga:
Dewasa : RM49.90
Kanak-Kanak : RM29.90
OKU/Warga Emas : RM39.90

One Response

  1. Artikel ini memaparkan hidangan yang disediakan secara terperinci, dengan gambar-gambar yang memukau, yang memberi pembaca gambaran yang jelas mengenai setiap hidangan. Pembaca juga dapat mengetahui tentang konsep restoran dan reka bentuknya yang menarik, yang menambah kepada pengalaman makanan yang unik.

    Selain daripada itu, artikel ini memberikan ulasan positif mengenai suasana di Casa Impian De La Rosa semasa berbuka puasa, yang penuh dengan semangat dan kegembiraan. Ia juga menekankan bahawa tempat ini sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Stay Connected
Latest News