Ceramah Kesedaran Jenayah Gangguan Seksual Di Kalangan Pelajar Sekolah

Facebook
WhatsApp
Telegram
Email
X

Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Yap Siew Cheng dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ipoh telah menyampaikan ceramah berkaitan ‘Gangguan Seksual’ kepada murid-murid sekolah di Sekolah Kebangsaan Marian Convent, Ipoh.

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan serta kesedaran mengenai jenayah seksual kepada murid-murid sekolah.

Turut hadir, Puan Ding I Ling, Pegawai Psikologi Kaunselor D11 IPK Perak; Sjn Norlysa bt Ibnuh, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) SK Marian Convent dan Puan Hindon binti Wahid selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Marian Convent Ipoh.

Ceramah kesedaran ini lebih memfokuskan kepada topik-topik kepentingan menjaga keselamatan diri di kalangan kanak-kanak dan memberi peluang kepada pihak sekolah serta murid-murid untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis mengenai jenayah seksual yang mungkin berlaku.

My Ipoh ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada IPD Ipoh atas keprihatinan menganjurkan ceramah sedemikian untuk manfaat murid-murid.

Source: IPD Ipoh FB