MBI Prihatin Kebajikan Warga Kerja Ditimpa Musibah Kebakaran

Facebook
WhatsApp
Telegram
Email
X

YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh hari ini telah menyampaikan sumbangan kepada Encik Syawal bin Sabtu, Pembantu Awam, Bahagian Unit Keselamatan, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, Majlis Bandaraya Ipoh, yang ditimpa musibah kebakaran.

Sumbangan berbentuk bantuan kewangan berjumlah RM1,000 serta bantuan tempat tinggal sementara itu disampaikan di Dewan Mesyuarat MBI sebagai tanda keprihatinan dan sokongan Majlis Bandaraya Ipoh terhadap warga kerja yang berdepan kesulitan.

Majlis Bandaraya Ipoh berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban Encik Syawal bin Sabtu dan keluarga dalam menghadapi dugaan tersebut.

Keprihatinan ini turut mencerminkan komitmen MBI dalam menjaga kebajikan warga kerjanya, khususnya ketika berdepan musibah dan keadaan yang memerlukan sokongan bersama.

Source: MBI