1000 Warga MBI Sertai Program Kibar Jalur Gemilang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBI di Persiaran pagi tadi. Ia turut dihadiri oleh Ketua WHIP Ahli Majlis MBI AhliMajlis MBI, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota Majlis.
 
Program ini diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya perarakan pasukan Penguatkuasa MBI, persembahan dan pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi milik MBI.
 
Bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini, MBI telah mengeluarkan 6,000 notis pemasangan bendera kepada premis-premis persendirin di Ipoh serta memasang lebih 5,000 helai Jalur Gemilang di jalan-jalan utama dan sekitar Bandaraya Ipoh.

Source: MBI FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News