Tonton Wayang Percuma sempena Tayangan Skrin Besar Rakan Muda

Facebook
WhatsApp
Telegram
Email
X

Hai semua! Anda ada kenangan bersama Program Rakan Muda? Kalau Mike dulu pernah sertai, ini peluang untuk mengenang kembali detik-detik manis dan bawa anak-anak anda merasai semangat Rakan Muda!

Pada 23 November 2024, jom sertai Tayangan Skrin Besar Rakan Muda di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak. Acara ini menawarkan pengalaman menyeronokkan untuk seisi keluarga, termasuk tayangan wayang percuma dan pelbagai aktiviti menarik!

Apa Yang Menarik?

  1. Tayangan Filem Percuma
    Tajuk Filem: Boboiboy Movie 2
    Masa: 10.00 pagi
    Tiket: PERCUMA
    Bawa keluarga anda dan nikmati filem animasi kegemaran ramai!

  2. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
    Berikan peluang kepada anak-anak anda untuk menyerlahkan kreativiti mereka sambil berpeluang memenangi hadiah menarik.

  3. Cabutan Bertuah
    Banyak lagi hadiah misteri yang menanti anda. Jangan lepaskan peluang!

Bagaimana Nak Sertai?

Hanya imbas kod QR yang disediakan untuk maklumat lanjut.

Syarat Penyertaan:

Bawa keluarga tersayang dan nikmati masa berkualiti bersama!

“Utamakan Keluarga, Semakin Hari Semakin Sayang”

Tandakan tarikh anda dan mari cipta kenangan indah bersama Rakan Muda!

 

Source:Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak FB