Status Lampu Limpah Di Stadium Perak, Ipoh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Tuan Haji Khairul Anuar bin Lodin, Pengarah Kanan Teknikal MBI telah mewakili Datuk Bandar Ipoh mempengerusikan Sidang Media Mengenai Kecurian Kabel dan Komponen Lampu Limpah di Stadium Perak malam tadi.
 
Hasil kerjasama dan usaha daripada pihak Majlis dan kontraktor, kerja-kerja pembaikan telah sempurna dibaiki dan hasil pemeriksaan oleh pihak MFL telah mencapai kehendak kadar lampu limpah untuk perlawanan bolasepak Liga MFL Sabtu ini.
 
Untuk makluman, pada 14 Februari lalu, ketika pihak Majlis sedang membuat kerja-kerja selenggara lampu limpah bagi persiapan Liga MFL, pasukan selenggara Majlis mendapati bilik High Mast Pole No.3 telah dipecah masuk.
 
Hampir keseluruhan kabel telah dipotong dan komponen lampu limpah telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pihak Majlis juga telah membuat laporan polis pada hari kejadian dan siasatan telah dijalankan oleh pihak polis.
 
Sehubungan dengan itu, pihak Majlis telah memulakan kerja-kerja pembaikan kabel serta komponen yang terjejas dengan kadar segera pada 17 Februari 2023 (Jumaat) sehingga 22 Februari 2023 (Rabu) sepertimana komitmen yang telah diberikan oleh YBhg. Datuk Bandar kepada pihak Perak FC seperti berikut:
 
a) Ballast 2000 Watt sebanyak 18 unit
 
b) Kabel PVC / PVC bersaiz 6mm 2 teras
 
c) Kabel PVC / SWA / PVC bersaiz 50mm 4 teras
 
d) Bulb 2000 Watt sebanyak 15 unit
 
Pihak Majlis telah membuat pengukuran pencahayaan lux dan telah melepasi syarat minimum yang ditetapkan oleh MFL iaitu 1200 lux.
 

Source:MBI FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News