Sesi Taklimat & Undian Tapak Operasi Perniagaan Di Saji Sejahtera@Polo

Facebook
WhatsApp
Telegram
Email
X
Seramai 49 peniaga daripada 51 orang yang dijemput, telah hadir ke Sesi Taklimat dan Undian Tapak Operasi Perniagaan yang diuruskan oleh Jabatan Pengurusan Fasiliti MBI di Saji Sejahtera@Polo, Jalan Brash pagi tadi.

Ia telah dihadiri oleh Encik M.Raman a/l Maran, Pengarah Kesihatan Bandaraya, Encik Lee Soon Gum, Pengarah Pelesenan Bandaraya, Sr. Azlin binti Alang Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Fasiliti dan wakil jabatan MBI dari Jabatan Penguatkuasaan & Keselamatan, Jabatan Penilaian & Hartanah serta Jabatan Kerja & Bangunan.

Para peniaga telah diberikan taklimat mengenai syarat-syarat pengendalian makanan, kebersihan & keselamatan makanan serta penjagaaan persekitaran dan pelupusan makanan serta diberikan surat tawaran berniaga di Saji Sejahtera@Polo.

Para peniaga dibenarkan mula berniaga di Saji Sejahtera@Polo pada 1 Mac 2024 dan turut diberi tempoh 14 hari untuk memberi maklumbalas terhadap surat tawaran yang diberikan.
Semoga pembukaan Saji Sejahtera@Polo ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada para peniaga serta pengunjung.

Source:MBI FB