Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perak serta Kelab Belia Prihatin akan menganjurkan Program Sukarelawan Santuni Pesakit di Hospital-hospital terpilih.
Syarat-syarat:
1. Terbuka Kepada Belia Yang Berminat. Kelebihan Kepada Belia Yang Mempunyai Latar Belakang Psikologi / Kaunseling
2. Mempunyai minat yang tinggi dalam kerja-kerja kesukarelaan TANPA mengharapkan imbuhan
3. Belia berumur 18 hingga 30 tahun
4. Mempunyai kenderaan sendiri (boleh hadir sendiri ke venue program)
5. Tidak mempunyai sejarah penyakit kronik
6. Keutamaan kepada belia dari daerah Kinta, Kuala Kangsar, Slim River (Muallim), Tapah dan Taiping.
Sijil penyertaan disediakan oleh pihak penganjur. Sila hubungi Pn. Maizatul / YM Raja Afandi di talian 05-5489500 untuk pertanyaan lanjut berkaitan program ini.
Source:Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak FB